setiap insan di dunia ini dihidupkan secara berpasangan...seperti yang kita ketahui setiap hawa di muka bumi ini diperbuat dari rusuk sebelah kiri adam..seperti juga malam yang dipasangkan dengan siang...tanpa malam tiadalah siang..ada sebab hawa diperbuat dari rusuk adam..supaya kita lebih dekat dengan hati adam...begitu juga kenapa kita diperbuat dari rusuk adam yang bengkok agar kita kaum hawa bisa dilentur oleh kaum adam..sebab itulah kaum adam menjadi pemimpin kepada kita..oleh itu untuk mencari kaum adam yang bisa memimpin kaum hawa..eloklah kite kaum hawa memperelokkan diri kita dahulu...seperti yang tertulis di dalam kalam Allah swt..perempuan yang baik2 untuk lelaki yang baik2...begitulah sebaliknya..walaubagaimanapun,sekiranya kita telah bertemu dengan kaum adam yang bisa memimpin kita,jaga lah dia dengan sebaik-baiknya..tapi tak bermaksud kita boleh menyerahkan segala-galanya kepada mereka selagi belum diikat dengan ikatan yang sah iaitu nikah..perkara yang menghalalkan antara adam dan hawa..wahai kaum hawa janganlah kita berfikiran bahawa dengan memberi segala-galanya tanpa ikatan yang sah akan mengikat kita dengan kaum adam..itu kerana belum tentu kaum adam tersebut akan menjadi pasangan kita sehingga akhir hayat..oleh itu lebih baik kita berdoa kepada Allah swt..contohnya: Ya Allah sekiranya dia ditakdirkan untuk diriku,jagalah dia sepertimana Engkau menjaga diriku..sekiranya kebahagiaan dia bersamaku,kekalkan lah dia disisiku sehingga kami disatukan dengan ikatan yang sah.kepada Mu sahaja aku memohon pertolongan..Sesungguhnya aku mencintainya demi memperoleh keberkatan dari-Mu Ya Allah..Sesunguhnya aku mencintainya kerana-Mu Ya Allah..amin..InsyaAllah doa kita akan diperkenankan oleh-Nya..
Wahai kaum hawa jagalah dirimu dengan sebaik-baiknya..sesungguhnya kita adalah mutiara yang menghiasi dunia ini..jika kita tidak digilap oleh kaun adam yang telah ditetapkan untuk kita sejak azali lagi. sudah tentu kita tidak akan bersinar untuk menghiasi dunia ini...lagipun kaum hawa yang pandai menjaga diri adalah sebuah permata yang dicari-cari oleh setiap kaum adam..Semoga kita akan dipertemukan dengan insan yang telah ditetapkan untuk kita..kerana perjalanan untuk mencari sebuah permata memerlukan banyak pengorbanan.kesabaran dan kesetiaan....kerana perjalan itu terlalu banyak liku yang perlu kita lalui..InsyaAllah suatu hari nanti kita akan bertemu dengan permata yang dicari..Amin..
P/S: ini cuma buah fikiran yang difikir oleh saya..setelah melihat ramai remaja yang telah jatuh cinta dan memberi segala-galanya tanpa mengatahui adakah dia adalah jodoh yang telah ditetapkan oleh mereka..oleh itu sekiranya ada sebarang comment atau cadangan boleh tulis diruangan komen..